April 14, 2011

Tugas seorang Muslim

InsyaAllah im writing this post to widen our mind. heard this from the morning tazkirah at TV1.

We are fortunate to born as a Muslim. but what bout those who are not? is it our responsibility to carry out dakwah and lead them to the righteous way? the ustaz said, in the past, the message from Allah to humans is through the rasul. Seorang Rasul itu diberi mandat oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan risalah2 islam kepada umat manusia. Rasul yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w telah pun melakukan tugasnya untuk menyebarkan islam di bumi ini. tetapi sekarang ini, Nabi Muhammad s.a.w sudah pun meninggalkan kami, yang tinggal hanyalah sunnah dan Al Quran yang menjadi pedoman hidup kami. siapakah yang bertanggungjawab untuk menyambungkan dakwah untuk menyebarkan islam di seluruh pelusuk bumi?

Ustaz tu pon memberi suatu perumpamaan. Ada seorang kaya yang mempunyai seorang tukang kebun. tukang kebun ini diberikan 5 tugas oleh orang kaya ni. tugas-tugasnya adalah untuk menjaga tumbuhan di kebun, menjaga halaman kebun, menjaga kenderaan, menjaga binatang peliharaan org kaya itu dan yang terakhir menjaga pintu masuk rumah org kaya itu.
Jadi, suatu hari, org kaya ni pergi bersia-sia. orang kaya ni mempunyai seorang anak yang masih kecil. budak kecil itu ditinggalkan di rumah. bosan, budak kecil pun berlari ke halaman rumah itu. tanpa diketahui, di halaman itu ada sebuah lubang besar yang penuh dengan air. budak kecil lari ke taman dalam keseronokan. tukang kebun tadi sedang di halaman dan nmpk budak kecil sedang menuju ke dalam lubang itu, tetapi tukang kebun ni..tidak mengambil tahu dan terus sahaja membuat tugasnya. dia tidak memberi amaran kepada budak kecil itu. lantas, budak kecil itu terjerumus dan tenggelam di dalam lubang besar yang penuh dgn air itu. tukang kebun in buat tidak tahu, dan tidak menyelamatkan budak, terus sahaja membuat tugasnya.

Org kaya itu pulang. dia mencari anaknya di dalam rumah tapi tiada. die pun pergi ke halaman dan terkejut melihat jasad anaknya di dalam lubang besar itu tidak bernyawa. dia mengangkat anaknya keluar dan tanya kepada tukang kebun sama ada tukang nmpk kejadian ini berlaku. tukan kebun itu pun mengatakan, ia dia nampak segalanya. org kaya itu pon tanya, kenapa kau tidak memberi amaran kepada anakku? tukang kebun itu pon katakan, itu bukan tugasku. tugasku hanyalah 5, iaitu menjaga tumbuhan di kebun, menjaga halaman kebun, menjaga kenderaan, menjaga binatang peliharaan kamu dan yang terakhir menjaga pintu masuk rumah kamu.

itu lah cerita yang dikongsi ustaz tadi. renungkanlah cerita ni. apakah kita sama seperti tukang kebun ini? adakah cukup sebagai seorang Muslim sekadar mengucapkan dua kalimah, mendirikan solat lima waktu, memberi zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan menunaikan haji? ayuhlah kte menyebarkan keindahan islam kepada kawan2 kami yang bukan islam dengan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w, mencontohi akhlaknya yang mulia. inginkah kte melihat kawan kami yang bukan islam terjerumus ke dalam neraka sedangkan kami masih ade peluang utk melangkah ke syurga. syurga itu bukanlah hanya untuk kami..wallahualam bisawab..

harap post ini bermanfaat ye..assalamualaikum wr wb :)

No comments:

Post a Comment